Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usahawan digesa perkasa perniagaan mereka


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





JOHOR BAHRU, 1 Okt  -- Usahawan digesa mengambil peluang daripada industri halal yang semakin berkembang dengan memperkasakan perniagaan mereka melalui pelbagai penyelesaian kewangan Islam, sekali gus memaksimumkan potensi perniagaan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata industri kewangan turut sama-sama menunjukkan komitmen mereka kepada perniagaan, terutamanya perniagaan halal dan meningkatkan perlindungan perniagaan halal untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun.

"Dana tahunan berjumlah RM20 bilion diperuntukkan oleh bank-bank Islam di bawah Persatuan Institusi Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk perniagaan halal," katanya dalam ucapan pada Siri Pertemuan Kewangan Islam di Johor, anjuran bersama BNM, AIBIM dan Persatuan Takaful Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Rasheed juga berkata terdapat kesedaran yang semakin meningkat terhadap konsep halalan-toyyiban yang menyarankan patuh Syariah untuk dinilai seluruh rantaian bekalan produk, termasuk pengedaran, pemasaran dan pembiayaan.

“Pada masa ini, hanya 54.1 peratus daripada perniagaan halal dibiayai oleh bank, dan kurang daripada suku pembiayaan (21.9 peratus) dalam bentuk penyelesaian Islam.

"Kewangan Islam menawarkan pelbagai penyelesaian melalui penggunaan konsep kewangan Islam yang luas seperti berasaskan jualan, pajakan, perkongsian keuntungan atau perkongsian dan banyak lagi yang sesuai untuk keperluan perniagaan," katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal merasmikan sesi tersebut.

Lebih 300 peserta menghadiri sesi itu yang terdiri daripada PKS, syarikat multinasional serta bank dan agensi kerajaan yang berkaitan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel