Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir kilat: Deretan kedai di pangsapuri PKNS Jalan Tun Razak dinaiki air


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUALA LUMPUR,  1 Okt -- Kurang daripada lima minit hujan lebat, sederet kedai di rumah pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kampung Baru di Jalan Tun Razak, di sini, dinaiki air petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, hujan lebat selama kira-kira dua jam menyebabkan lebih 10 unit kedai termasuk kedai dobi, kedai runcit dan pakaian dinaiki air sehingga perniagaan terjejas dan barangan rosak. 

Pemilik kedai dobi, Zainon Dahan, 70, menyedari air masuk ke dalam kedainya kira-kira 6.30 petang tadi dan tidak sempat untuk memindahkan barang untuk dibawa keluar. 

"Saya berpindah di sini, pada 2006 dan pernah mengalami kejadian banjir pada 2011 tetapi tidak seteruk ini, ia amat mengejutkan dan saya berharap tiada barang perniagaan yang rosak," katanya. 

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kereta dan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir turut rosak akibat banjir kilat. 

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Sandra Segaran berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir pada kira-kira 6.30 petang dan seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi. 

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kawasan rumah itu dinaiki air setinggi satu meter akibat masalah sistem perparitan tetapi tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel