Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan 2020: Sarawak minta pelancongan negeri diberi perhatian


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUCHING, 1 Okt -- Kerajaan negeri Sarawak berharap kerajaan Persekutuan memberi lebih perhatian terhadap sektor pelancongan negeri itu pada Belanjawan 2020 supaya aktiviti pelancongannya dapat dirancakkan lagi.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keluasan Sarawak yang hampir sama dengan Semenanjung memerlukan kos lebih tinggi terutama dalam melengkapkan infrastruktur pelancongan.

Katanya ditambah pula dengan faktor geografi negeri berkenaan, penyelenggaraan kawasan pelancongan sedia ada dan pembukaan kawasan pelancongan baharu sudah tentu memakan kos yang lebih tinggi.

"Kalau hendak membuka satu kawasan pelancongan baharu untuk sampai ke tempat itu memerlukan pembinaan jalan raya dan infrastruktur lain seperti bilik air, hotel, inap desa dan sebagainya. Ini memerlukan kewangan yang banyak dan itu satu kekangan yang kita hadapi," katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak berkata peruntukan tambahan juga penting bagi pengurusan perbelanjaan promosi dalam dan luar negeri.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan Anugerah Emas yang dimenangi Lembaga Pelancongan Sarawak di Anugerah Pasific Asia Travel Association (PATA) 2019, Kazakhstan, pada 19 Sept lepas bagi kategori Media Pemasaran-Video Perjalanan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel