Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Landasan 'Runway 3' di KLIA akan dinaik taraf bermula esok- MAHB


Tarikh kemaskini: 01/10/2019




SEPANG, 1 Okt  -- Landasan ‘Runway 3’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini akan menjalani proses pembaikan bermula esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin. 

Dalam satu kenyataan hari ini katanya, sebagaimana yang diumumkan pada bulan September tahun lepas, kerja-kerja pembaikan akan dibuat mengikut perancangan yang telah diperjelaskan dalam Pelan Induk Kelangsungan Landasan lapangan terbang itu.

Beliau berkata Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam, bagi tempoh sembilan bulan setengah akan datang sehingga 15 Julai, 2020.

“Pasukan kami telah mengambil semua langkah yang perlu untuk memaklumkan semua pihak yang terlibat sebelum ini khususnya rakan-rakan syarikat penerbangan bagi memastikan perjalanan para penumpang berjalan lancar sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan, di samping memastikan operasi dan pengurusan syarikat-syarikat penerbangan tidak terjejas,” katanya.

Katanya, aktiviti pembaikan itu melibatkan penurapan permukaan landasan untuk mengatasi masalah pada masa hadapan seperti kekasaran penurapan lapangan terbang yang dikesan menerusi analisis Indeks Boeing Bump yang dilakukan tahun lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel