Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Edar dadah : dua warga Iran, dua tempatan diperintah bela diri


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





GEORGE TOWN, 2 Okt -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan tiga lelaki termasuk dua warga Iran dan seorang wanita tempatan membela diri atas pertuduhan pindaan mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan  kes prima facie terhadap J. Balakrishnan, 63,  B. Lacheme Devi, 56, serta dua warga asing itu, Mohammad Abbasi Younes, 37, dan SeyedMohsen Namazikivaj Seyedreza, 31, pada akhir kes pendakwaan.

Berikutan perintah itu, kesemua tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan mahkamah kemudiannya menetapkan 11 hingga 14 Nov ini bagi prosiding membela diri.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar manakala peguam Kitson Foong mewakili kedua-dua warga Iran tersebut, peguam A.Ashok mewakili  Balakrishnan dan peguam RSN Rayer mewakili  Lacheme Devi.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dengan cara pembuatan dadah  berbahaya jenis  methamphetamine di premis bernombor 57 B, Perindustrian Kecil, Taman Sri Rambai, Seberang Perai Tengah di sini pada  pukul 10.10 malam, 20 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca  bersama seksyen 34 kanun keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan hukuman sebat sehingga 15 kali sebatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel