Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CAP mahu larangan sepenuh vape, e-merokok


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





GEORGE TOWN, 2 Okt -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan melaksanakan larangan sepenuh bagi vape dan e-rokok di negara ini kerana ia juga dihisap oleh anak muda.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader hari ini berkata, satu kajian yang mereka jalani mendapati terdapat 1,000 pelajar di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini terlibat dalam tabiat ini dan ini membimbangkan.

“Kami mendapati bahawa anak muda berkenaan membentuk kumpulan antara enam hingga 10 lelaki dan perempuan, menamakan diri mereka mengikut jenama e-cecair itu (digunakan untuk vape dan e-rokok) dan mereka akan berkumpul di pusat membeli-belah berhampiran sekolah untuk mengutip wang mingguan bagi membeli e-cecair itu,” katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau juga berkata, e-cecair itu yang paling murah berharga RM45 dan anak muda berkenaan sanggup membayar hingga melebihi RM100 bagi nilai e-cecair itu untuk mendapatkan jumlah yang lebih banyak, perisa yang unik atau mengeluarkan lebih asap.

“Mengikut perkembangan vape kebangsaan pada 2015, dipercayai terdapat 1 juta penghisap vape di Malaysia dan kira-kira 10 peratus adalah anak muda,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel