Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes jenayah di IPD Kota Tinggi menurun


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





KOTA TINGGI, 2 Okt -- Tindakan drastik dan perancangan strategik pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi serta keprihatinan dan kerjasama masyarakat setempat telah menampakkan hasil dengan penurunan indeks jenayah di seluruh daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata antara kes yang menunjukkan penurunan ketara sepanjang tahun ini ialah curi kenderaan, pecah rumah dan penyeludupan migran.

Bagi tempoh 1 Jan sehingga 30 Sept tahun ini, kes jenayah yang direkodkan di daerah ini adalah sebanyak 339 kes berbanding 362 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Sikap dedikasi anggota yang berdispin tinggi di samping pelan strategi berkesan membabitkan banyak pihak termasuk masyarakat sekitar telah menjadikan IPD Kota Tinggi berhasil mewujudkan suasana aman dan harmoni di daerah ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis Secara ‘Time Based’ Berasaskan Kecemerlangan (TBK) di Rumah Kelab IPD Kota Tinggi, Selasa.

Pada majlis itu, seramai 13 anggota berpangkat Koperal dinaikkan pangkat kepada Sarjan berdasarkan perkhidmatan dan prestasi kerja cemerlang mereka. 

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel