Seramai 242 usahawan N. Sembilan terima geran TPUNS
Tarikh kemaskini: 02/10/2019
SEREMBAN, 2 Okt -- Seramai 242 usahawan di Negeri Sembilan menerima geran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TPUNS) bagi fasa kedua dengan jumlah peruntukan menjangkau RM776,783.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Rafie Abdul Malek berkata bermula Jun lepas, Mesyuarat Jawatankuasa TPUNS telah meluluskan 707 permohonan daripada 756 permohonan.
Beliau berkata sehingga tarikh permohonan ditutup pada 30 Ogos lepas, 2,750 permohonan telah diterima dengan 756 permohonan telah dinilai oleh pihak majlis panel penilai, dan daripada jumlah itu 707 permohonan telah diluluskan.
"Bakinya ditolak atas beberapa sebab, antaranya mereka ini bukan berstatus usahawan mikro atau usahawan kecil, butiran permohonan pembiayaan yang dikemukakann tidak berkaitan dan tidak tepat, mereka tidak berniaga sepenuh masa dan secara bermusim, serta permohan yang dikemukakan meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran TPUNS di sini, hari ini.
Dr Rafie berkata ?dalam fasa pertama, ??????211 usahawan sudahpun menerima peruntukan RM625,147 pada 2 Ogos lepas, manakala ???????fasa ketiga pula akan membabitkan 254 usahawan dengan peruntukan berjumlah RM740,035 namun tarikhnya belum dapat diumumkan lagi.
TPUNS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam Belanjawan 2019 Negeri Sembilan dengan peruntukan RM3 juta yang disasarkan untuk diagihkan kepada kira-kira 1,000 usahawan Mikro.
-- BERNAMA
|