Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Singapura tawar kerajaan Negeri Sembilan buka pejabat pelancongan, perdagangan


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





SEREMBAN, 2 Okt -- Singapura menawarkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk membuka pejabat pelancongan dan perdagangan di republik itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan tertutup beliau dengan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan di sini, semalam.

"Kita menyambut baik tawaran itu tetapi ia memerlukan kajian mendalam mengenai keberkesanannya. Kalau ia betul-betul mendatangkan manfaat, kita akan ambil kesempatan tersebut. Perkara ini perlu diteliti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perjumpaan itu, beliau berkata selain tawaran daripada Singapura, kerajaan negeri turut membincangkan mengenai pelaburan di negeri ini terutama di bawah projek Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) .

"Mereka ingin tahu apakah yang terdapat di MVV dan sebagainya dan mereka juga bertanyakan tentang pekerja negara ini iaitu adakah mencukupi atau pun tidak atau terpaksa mengimport pekerja asing jika mereka membuka kilang di negeri ini.

"Kerajaan Singapura menjemput kerajaan negeri untuk datang ke negara itu mengadakan sesi penerangan kepada pelabur di Singapura terutama mengenai projek MVV. Mereka melihat MVV mempunyai potensi besar untuk 'dijual' kepada pelabur Singapura. Kalau ada kawasan perindustrian bebas di negeri ini, saya yakin ini juga akan menarik lebih ramai pelabur ke negara kita," kata Aminuddin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata Aminuddin diminta untuk menggerakkan kunjungan balas.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menggerakkan kempen pelancongan kepada penduduk di Singapura memandangkan Negeri Sembilan mempunyai banyak kawasan menarik yang boleh dilawati.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel