Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat Kualiti Alam mungkin dipindahkan


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





SEREMBAN, 2 Okt -- Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bagi membincangkan mengenai cadangan untuk memindahkan pusat Kualiti Alam daripada Sendayan ekoran kedudukannya kini yang hampir dengan penempatan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata pembangunan pesat sekitar Sendayan menyebabkan kedudukan Pusat Kualiti Alam kini semakin hampir dengan penempatan penduduk iaitu kurang daripada 500 meter.

Perjumpaan berkenaan dijadualkan pada 7 Okt ini, katanya  kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran sebuah stor Kualiti Alam yang menyimpan pelbagai bahan mudah terbakar. Kebakaran itu berlaku pada 12 tengahari.

Pusat Kualiti Alam ditubuhkan pada 1998, sebagai pusat yang mempunyai lesen untuk menguruskan 76 daripada 77 kategori pembuangan berjadual.

Terletak di Ladang Tanah Merah, Bukit Pelandok, Port Dickson, pusat berkenaan terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Seremban dan ketika mula beroperasi kedudukannya agak jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Kebakaran di pusat Kualiti Alam hari ini adalah yang kedua selepas yang pertama pada 2015.

Mengulas lanjut, Veerapan berkata setakat ini punca kebakaran belum diketahui serta ia tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Seramai 20 anggota bomba termasuk pasukan Hazmat berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran itu pada 3.21 petang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel