Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Stor di Pusat Kualiti Alam terbakar


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





SEREMBAN, 2 Okt -- Suasana cemas tercetus sejurus bunyi letupan disusuli bunyi alat penggera, menyebabkan para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamat diri dalam kejadian kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Abd Rahman Ali berkata kira-kira 80 peratus daripada stor berkeluasan 120 X 400 kaki persegi musnah dalam kebakaran itu, yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.21 petang.

Beliau yang mengetuai operasi bersama 47 anggota lain berkata kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam, yakni sebuah fasiliti yang mempunyai lesen untuk menguruskan 76 daripada 77 kategori pembuangan berjadual.

“Operasi pemadaman disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban, Nilai dan Port Dickson. Ia juga turut dibantu oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT). Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu semasa menceritakan detik-detik cemas??????, seorang pekerja pembersihan warga Nepal, Santosh, 26, ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau yang sedang berehat ketika itu, terkejut apabila mendengar beberapa bunyi letupan yang kuat. 

“Kami semua lari bertempiaran keluar dari sana sebaik mendengar bunyi penggera keselamatan, lari sehingga kira-kira 2 kilometer ke jalan utama. Sebelum ini majikan kami sering berpesan jika kecemasan berlaku, kami diminta keluar dari kawasan kilang... pengawal keselamatan di sini juga ada minta kami semua keluar dari kawasan itu," katanya.

Seorang pemandu lori yang enggan mendedahkan namanya pula berkata pada mulanya ia melibatkan kebakaran kecil sahaja, dengan ada pihak bomba dilihat melakukan kerja-kerja pemadaman, dan menurutnya keadaan ketika itu masih terkawal. 

“Saya kemudiannya keluar makan tetapi tidak sangka pula api merebak dengan pantas dan terpaksa meminta bantuan daripada jabatan bomba yang lebih ramai. Sebaik saya mahu balik ke tempat kerja, pengawal keselamatan sudah tidak benarkan kami masuk kerana keadaan berbahaya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke JamuanĀ Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel