Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri giat tarik pelabur ke N. Sembilan


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





SEREMBAN, 2 Okt -- Kerajaan negeri mengadakan banyak misi perdagangan ke luar negara dan menganjurkan pertemuan dengan pelabur tempatan sebagai antara langkah untuk menarik pelabur tempatan dan asing melabur di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata langkah itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

"Ini bermakna kita mempunyai pelaburan langsung domestik dan pada masa sama kita juga mahukan pelaburan langsung asing.

"Kita juga mahu memastikan pelabur itu adalah pelabur yang berkualiti iaitu menggunakan teknologi tinggi dan pekerja yang mahir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya kerajaan negeri telah mengadakan misi perdagangan ke Beijing, China baru-baru ini, yang menyasarkan pelabur dalam bidang industri seperti aeroangkasa.

“Misi perdagangan seterusnya, saya dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong ke Taiwan untuk menarik pelabur dalam industri bioteknologi, makanan dan minuman, farmaseutikal dan kosmetik,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan usahawan dari kedua-dua negara itu mula memikirkan untuk memindahkan pelaburan mereka ke Asia Tenggara.

“Oleh itu, kita mahu memastikan Malaysia khususnya Negeri Sembilan akan mendapat impak daripada perubahan itu yang disebabkan oleh perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China,” katanya, sambil menambah kerajaan negeri turut menyasarkan pasaran Singapura dan Eropah.

Katanya kerajaan negeri merancang untuk mengadakan misi perdagangan ke Eropah pada awal tahun depan.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel