Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga projek naik taraf imej Sungai Melaka bernilai RM450,000


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





MELAKA, 3 Okt -- Kerajaan negeri menerusi Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka (SCAC) akan membangunkan tiga projek, bagi menaik taraf imej Sungai Melaka menggunakan teknologi pintar, melibatkan kos bernilai kira-kira RM450,000, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Beliau berkata tiga pembangunan di bawah Projek Melaka ‘Smart River’ yang terdiri daripada projek pemantauan kualiti air sungai Melaka, pemantauan amaran banjir melalui sungai dan kempen melestarikan Sungai Melaka itu, akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan bermula November hadapan.

Katanya inisiatif itu juga akan menjadikan Sungai Melaka sebagai produk pelancongan lestari dan ceria, dengan kerjasama pihak swasta dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

"Menerusi projek ini, sensor akan dipasang di sekitar Sungai Melaka bagi memastikan kawalan kualiti air...peranti itu adalah merupakan keluaran sebuah syarikat swasta dari Amerika Syarikat. 

"Pada masa sama kita juga mengguna pakai teknologi tempatan dari UTeM yang membangunkan satu aplikasi bertujuan mengawal banjir dan seumpamanya," katanya pada Sidang Media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata pemantauan kualiti air dan amaran banjir menerusi air Sungai Melaka itu akan dapat diakses rakyat, menerusi aplikasi telefon bimbit 'Melaka App' yang akan dibangunkan pada masa hadapan.

Katanya ia juga akan menjadi titik tolak penggunaan lebih banyak teknologi pintar, dalam sektor pembangunan dan kemajuan negeri itu.

Sementara itu, pembinaan Rumah Peduli di Melaka akan dibina mengikut keperluan rakyat berkelayakan dan tidak bergantung pada sistem kuota mengikut Dewan Undangan Negeri seperti sebelum ini.

Permohonan Rumah Peduli masih dibuka, mengikut keperluan sehingga peruntukan berjumlah RM6 juta habis digunakan untuk pembinaan dan sehingga kini lebih 49 unit telah diluluskan serta dibangunkan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel