Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

P.Pinang: kadar cukai taksiran perindustrian baharu akan diumumkan


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





BUKIT MERTAJAM, 3 Okt -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengumumkan cadangan kadar cukai taksiran baharu, yang bakal dikenakan kepada sektor industri, komersial, pertanian, dan sebagainya dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini berkata sebelum ini kerajaan negeri banyak menyentuh tentang kenaikan kadar cukai taksiran, untuk kediaman dan hartanah untuk sektor industri dan perniagaan tidak terkecuali untuk membayar cukai berkenaan.

"Saya akan minta PBT (Pihak Berkuasa Tempatan MBPP dan MBSP) umumkan cadangan kenaikan kadar kategori industri komersial, pertanian dan lain-lain kategori (yang keseluruhannya) mempunyai 16 kategori,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang Kemikon Sdn Bhd di sini.

Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri optimistik dengan kemasukan pelaburan-pelaburan asing dan tempatan khususnya dari sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang yang kini telah mencecah RM 9.2 bilion untuk separuh pertama 2019.

Katanya Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 35 peratus, dalam pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia sepanjang tempoh itu.

Chow yakin pelaburan dalam sektor perindustrian akan terus berkembang dan menjadi lokasi untuk para pelabur dalam sektor di Pulau Pinang dan negeri-negeri wilayah utara amnya.

“Kemikon Sdn Bhd sebagai contoh yang berasal dari Switzerland, merupakan salah satu contoh limpahan kemasukan pelaburan asing yang tidak putus ke Pulau Pinang,” katanya.

Syarikat itu merupakan pengilang kontrak yang mengeluarkan peralatan semikonduktor, struktur kerangka mesin berketepatan tinggi dan sebagainya, untuk dieksport hampir keseluruhannya ke Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel