Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek bangunan penjara di Lahad Datu siap tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





LAHAD DATU, 3 Okt  -- Projek pembinaan bangunan penjara di Lahad Datu dijangka siap pada November tahun hadapan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata meskipun projek bernilai RM182 juta itu kini, ada sedikit kelewatan pada pembinaannya namun kontraktor komited menyiapkan projek mengikut masa ditetapkan.

"Perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan, kontraktor, pemaju serta pemantu projek dilakukan pada hari ini, dan terdapat beberapa masalah (kelewatan) sudah dikenalpasti, dan diharap masalah itu dapat diselesaikan segera," katanya ketika ditemui pemberita di sini,hari ini.

Bangunan penjara itu yang terletak 17 kilometer dari Pekan Lahad Datu mampu menempatkan 1,000 banduan.

Sehingga kini, semua banduan daripada Lahad Datu dihantar ke Tawau.

Dalam pada itu, Samsuni berkata menjadi tanggungjawabnya untuk turun padang dan meneliti sendiri tahap kemajuan setiap projek yang dalam pelaksanaan di negeri ini.

"Selain turut mendengar masalah dihadapi pihak kontraktor dan pemaju supaya masalah itu dapat diselesaikan di peringkat awal pembinaan," katanya.

--BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel