Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mawilla 2 TLDM baharu antara keutamaan Armada Timur dalam RMK-12


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





SANDAKAN, 3 Okt  -- Pembangunan Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baharu di sini akan menjadi antara keutamaan Armada Timur TLDM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata pembangunan markas itu dijangka menelan belanja permulaan sebanyak RM230 juta.

"Saya difahamkan akan ada satu perbincangan minggu depan untuk menimbang opsyen tanah bagi membangunkan markas baharu.

Kita menyedari lokasi markas sekarang agak kecil dan memerlukan tempat luas untuk keselesaan warga TLDM," katanya pada majlis ramah mesra Panglima Armada Timur bersama warga Mawilla 2 di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata ketika Mawilla 2 dipindahkan dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 2017, sebidang tanah telah dikenal pasti di Batu Sapi untuk dibangunkan sebagai markas TLDM itu, namun pemilik tanah kini tidak lagi berhasrat melepaskan tanah itu.

Mawilla 2 beroperasi dari bandar Sandakan sejak berpindah bagi memantapkan kawalan di perairan timur Sabah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel