Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Komen negatif terhadap PSS tidak jejas tumpuan atasi masalah PTI di Sabah - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KOTA KINABALU, 3 Okt -- Komen negatif terhadap Pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) mulai 1 Jun 2020 tidak menjejaskan tumpuan kerajaan Sabah  dalam mengatasi masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sekurang-kurangnya kerajaan yang ada pada hari ini cuba menyelesaikan masalah itu berbanding kerajaan dahulu yang hanya cakap sahaja.

"Kerajaan dahulu tiada usaha menyelesaikan masalah dengan memastikan PTI yang ada berdaftar atau tidak, dapat diurus dengan baik.

"Menerusi PSS kita dapat mengurus dokumen mereka dengan baik dan memantau di mana mereka berada," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pungutan petisyen pelaksanaan PSS itu menerusi sebuah laman sosial yang kebanyakan netizen yang menyertai petisyen itu tidak bersetuju dengan PSS.

Pada 6 September lepas, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengeluarkan PSS kepada tiga kategori pemilik dokumen iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Mohd Shafie berkata langkah itu penting bagi memastikan sektor perladangan di Sabah mempunyai tenaga kerja mencukupi memandangkan ketika ini ramai pemilik ladang menyatakan mereka kekurangan pekerja buruh.

Katanya masalah ini dijangka semakin serius apabila ibu negara Indonesia dipindahkan ke  Kalimantan Timur nanti.

Menurutnya tenaga buruh dari negara ini yang ramai bekerja disektor perladang akan kembali ke wilayah asal mereka.

"Kita akan hadapi masalah buruh ladang dan pembinaan jika tidak diurus dengan baik," kata Mohd Shafie.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel