Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peneroka jangan buat andaian tangkapan pembunuh gajah


Tarikh kemaskini: 03/10/2019




TAWAU, 3 Okt -- Semua peneroka Felda Wilayah Sahabat dinasihatkan supaya tidak membuat andaian sendiri rentetan penangkapan suspek di Felda Umas, yang disyaki terlibat membunuh seekor gajah pigmi yang bangkainya dijumpai di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan pada Khamis lepas.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Sahabat, General Linjal, berkata susulan penangkapan itu banyak cerita andaian yang tidak munasabah bertebaran dalam kalangan penduduk tanah rancangan.

"Biar polis menjalankan siasatan, saya harap semua warga Felda tidak heboh (kecoh) takut cerita dimanipulasi.

(Kerana) kadang-kadang cerita ini boleh berubah dari cerita satu orang, berubah cerita bila sampai orang kedua sekali gus menjadikan cerita itu tidak tepat, takut menjadi isu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu, mengingatkan warga peneroka agar tidak membuat keputusan di luar dugaan sehingga boleh menjejaskan reputasi sendiri.

Semalam polis menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seekor gajah di Sungai Udin, Dumpas menggunakan senapang buatan sendiri.

Hari ini, kesemua suspek yang ditahan dalam Ops Khazanah di kawasan Felda Umas dan Ladang Dumpas itu, direman selama empat hari.

--BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel