Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang ketika tangkap ikan di Kota Marudu ditemui mati


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KOTA KINABALU, 3 Okt -- Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai dekat Kampung Popok Laut, Kota Marudu, sejak Selasa lalu ditemui mati, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa dikenali sebagai Anika Takai, 29, ditemukan penduduk kampung pada kira-kira 8 pagi tadi berhampiran kawasan mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," menurut pusat gerakan itu dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dipercayai hilang pada 1 Okt kira-kira jam 11.43 malam dan Balai Bomba Penyelamat Kota Marudu menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9 pagi semalam.

Sepasukan pegawai dan anggota BBP Kota Marudu kemudian bergegas ke lokasi kejadian bersama empat anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air seterusnya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa sehingga 5.30 petang semalam.

"Bagaimanapun, semasa pasukan bomba membuat persiapan untuk menyambung operasi pencarian di lokasi kejadian pada hari ini, mayat mangsa dilaporkan telah ditemukan penduduk kampung. Operasi ditamatkan pada 9.35 pagi tadi," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel