Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak eksport ikan tilapia merah ke Singapura


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KUCHING, 3 Okt  -- Sektor pertanian negeri Sarawak melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pengeksportan ikan tilapia merah ke Singapura, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Unggah, kejayaan itu hasil penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 16 Ogos lalu.

“Beliau (Abang Johari) mempunyai visi yang jelas untuk mengubah landskap pertanian di negeri ini dengan penubuhan STATOS yang membuka jalan kepada pembeli di sana untuk terus berurusan dengan Sarawak.

“Kami berharap lebih banyak produk pertanian yang boleh dieksport ke Singapura dan negara lain. Ini adalah petunjuk yang positif terhadap perubahan sektor pertanian Sarawak, untuk terus menuju objektif iaitu menjadi pengeksport utama pada tahun 2030 dan juga menerima pakai teknologi moden,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan  Pembangunan Wilayah Sarawak berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Eksport Ikan Tilapia  oleh Borneo Eco Fish ke Singapura di sini, hari ini.

Uggah berkata, Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dalam sektor pertanian dan menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang itu.

“Kementerian akan mencari mekanisme bagi menyokong (usaha itu) termasuk menyediakan modal awal, nasihat penggunaan teknologi dan kemudian akan menyediakan pusat kecemerlangan iaitu dengan menjadikan ladang ini sebagai model untuk seluruh Sarawak,” katanya. 

Hari ini, sejumlah 12 tan ikan tilapia merah akan dieksport ke Singapura buat pertama kalinya.

Borneo Eco Fish merupakan syarikat penternak dan pemproses ikan tilapia dalam sangkar yang terbesar di Empangan Lubuk Antu, mempunyai Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sijil Amalan Pertanian Baik dan setakat ini memiliki 3,000 sangkar ikan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel