Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Letakkan kerja penyelidikan sebagai agenda penting - KP Pelajaran


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KENINGAU, 3 Okt  -- Warga pendidik perlu meletakkan kerja penyelidikan sebagai agenda penting dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan di negara ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Menurut beliau penyelidikan merupakan tunjang kepada pembangunan dan perkembangan tamadun manusia, justeru eksplorasi hasil kajian mampu untuk menyerlahkan realiti sesuatu situasi dalam penyelesaian pelbagai isu.

“Sebagai warga pendidik, guru perlu berani menyelidik dan menghasilkan sesuatu yang baharu dan bermanfaat untuk mengatasi sebarang masalah.

Jangan takut untuk berubah, kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik akan tetapi pastinya akan memperolehi sesuatu yang lebih baik untuk masa depan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian dan Penutupan Seminar Penyelidikan Zon Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan  Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Jais Siarus.

Seminar dua hari dan berakhir hari ini membentangkan 31 kertas kerja penyelidikan melibatkan 43 pembentang dihadiri 200 peserta daripada kalangan pendidik di negeri ini.

Amin berkata keperluan memperkasakan penyelidikan khususnya dalam kajian berasaskan pendidikan alaf baharu semakin ketara bagi menyahut pelbagai cabaran masa kini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel