Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat alat dan radas ditubuh di SK Koporingan Tamparuli


Tarikh kemaskini: 03/10/2019




KOTA KINABALU, 3 Okt  -- Idea penubuhan pusat alat dan radas di Sekolah Kebangsaan (SK) Koporingan, kira-kira 40km dari sini, membantu melancarkan pelaksanaan pendidikan sains berasaskan inkuiri (IBSE) kepada murid sekolah itu serta beberapa sekolah rendah berhampiran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kekangan utama pelaksanaan IBSE adalah kekurangan bahan dan radas asas, walaupun pendidikan itu masih boleh dijalankan dengan menggunakan  bahan sedia ada di persekitaran, namun bahan asas masih sangat diperlukan.

"Sebahagian besar murid Tahun Satu hingga Tahun Enam mungkin tidak pernah melihat alat mikroskop yang digunakan dalam pelaksanaan IBSE.

Justeru, untuk menangani kekangan itu, timbul idea penubuhan pusat alat dan radas dengan pelantikan duta sains Tuaran dan pewujudan pusat itu di SK Koporingan, Tamparuli," katanya selepas merasmikan pusat alat dan radas dan penutupan pertandingan eksplorasi sains peringkat Kebangsaan di SK Koporingan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Pengerusi Lembaga Pengarah, Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ISTIC) Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata pusat alat dan radas bukan benda baharu bagi negara luar terutama Perancis, namun di negara ini kemungkinan kemudahan itu benda baharu.

"Pusat alat dan radas yang boleh dipinjam dan dikembalikan oleh guru di sekolah berhampiran, yang turut berfungsi tempat taklimat dan guru sains di daerah ini berkumpul," katanya.

Beliau berkata  pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan IBSE adalah kaedah baharu yang dilihat dapat membantu meningkatkan pencapaian serta minat pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"Pendekatan dipelopori Akademi Sains Perancis itu memberi tumpuan pengajaran dan pembelajaran STEM memupuk pemikiran kritis dan kreatif kepada pelajar," kata Madius.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel