Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemetik cili didakwa cederakan anak kandung


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





ALOR GAJAH, 3 Okt -- Seorang pemetik cili dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari atas dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuanya berusia 10 tahun menggunakan tali pinggang.

Tertuduh berusia 42 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kandungnya dengan cara memukul di bahagian atas kening kiri dengan tali pinggang, di sebuah rumah di Taman Pisang Mas Jaya Gadek kira-kira 12.30 tengah malam pada 21 Sept lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 5 Nov ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan mangsa sebelum hukuman diputuskan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama 326A kanun yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau didenda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mendekati mangsa sehingga dijatuhkan hukuman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel