Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPM sedia bantu UMS tingkatkan hubungan dengan pihak industri


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KOTA KINABALU, 3 Okt -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kementerian akan berusaha untuk membantu mempertingkat hubungan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan pihak industri.

Menjelaskan perkara itu, Maszlee berkata UMS mempunyai kawasan yang cantik dan berpotensi untuk dibangunkan kerana mempunyai produk pelancongan.

Beliau berkata dengan kehadiran hampir 1,000 pelancong setiap hari melawat UMS menjadikan universiti itu sebagai satu daripada tarikan destinasi pelancongan.

"Ia sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada pelajar di universiti ini. Selain itu, kementerian juga mahu menjalankan kerjasama dengan universiti luar negara," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall  bersama pelajar UMS, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob, Naib Canselor UMS Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mistirine Radin.

Maszlee berkata kementerian juga akan berusaha membawa lebih ramai pelajar daripada negara ASEAN belajar di UMS agar universiti itu lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Terdahulu dalam sesi itu, Maszlee menyarankan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan agar memberi peluang dan mengambil pelajar UMS untuk menjalani latihan amali di agensi berkaitan.

Beliau berkata ia bagi memberikan pengalaman kepada pelajar untuk menguruskan masa dengan baik selain memberikan keyakinan kepada mereka menghadapi alam pekerjaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel