Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JASNS letak 'stesen bergerak' pantau kualiti udara di sekitar kawasan kualiti alam


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





SEREMBAN, 3 Okt -- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah meletakkan satu 'stesen bergerak' di Masjid Sri Sendayan di sini, bagi pemantauan berterusan tahap kualiti udara di sekitar premis dan kawasan kediaman berhampiran pusat pengurusan sisa Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam).

Menurut kenyataan JASNS, langkah ini diambil susulan kebakaran sisa bahan kimia di pusat pengurusan sisa Kualiti Alam, semalam.

"JASNS telah memulakan program pemantauan kualiti udara di kawasan berkenaan dan mendapati keadaan kualiti udara adalah semakin baik.

Walaupun kualiti udara bertambah baik, tetapi pihak JASNS masih meneruskan pemantauan kualiti udara di beberapa lokasi menggunakan peralatan pengukuran mudah-alih. Kita mengambil langkah-langkah kawalan yang perlu berikutan kejadian kebakaran sisa bahan kimia di pusat pengurusan sisa Kualiti Alam semalam," menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Berikutan kebakaran itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik telah mengadakan mesyuarat pagi tadi dan disusuli dengan lawatan kerja serta taklimat di Kualiti Alam untuk mendapatkan maklumat kejadian itu dan berkaitan status terkini kualiti udara.

Mesyuarat dan lawatan kerja itu dihadiri oleh wakil pelbagai agensi seperti JASNS, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban serta lain-lain agensi.

Menurut kenyataan itu lagi, JASNS telah menerima maklumat awal mengenai kebakaran di stor buangan terjadual Kualiti Alam pada pukul 1.11 tengah hari semalam.

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kebakaran sedang marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bomba dan kerja-kerja pemadaman itu selesai pada 3.45 petang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel