Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Asrama SK Nanga Serau musnah dalam kebakaran


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





JULAU, 3 Okt -- Seramai 41 pelajar sekolah rendah terselamat apabila bangunan asrama Sekolah Kebangsaan Nanga Serau, kira-kira 28 kilometer dari sini, musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, ASP Colony Kiai, berkata kesemua 20 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan serta tiga pembantu penyelia tidak mengalami kecederaan dalam kejadian yang memusnahkan bangunan kayu dua tingkat itu.

Dihubungi melalui aplikasi Whatsapp malam ini, beliau berkata panggilan kejadian kebakaran itu diterima Balai Polis Julau pada jam 5.15 petang daripada Pusat Kawalan Kontingen (CCC) PDRM Sarawak dan turut dimaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, tiga anggota polis mengambil  masa sejam menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dikejarkan ke tempat kejadian dengan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata jentera bomba tidak dapat melalui jalan yang sempit menuju ke sekolah tersebut sehingga memaksa mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan empat anggota untuk membawa peralatan memadam kebakaran ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, asrama itu sudah musnah sama sekali setibanya di lokasi, katanya.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel