Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM Sarawak sedia 1,210 anggota, 69 bot hadapi kemungkinan banjir


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





KUCHING, 4 Okt -- Sebanyak 1,210 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri sedia digerakkan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian banjir di seluruh Sarawak ekoran musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini hingga Mac tahun hadapan.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata selain kesiapsiagaan anggota, APM turut membuat persediaan rapi dari segi aset yang diperlukan.

Ini katanya, termasuk menambah sebanyak 23 bot pada tahun ini menjadikan keseluruhan sebanyak 69 buah berbanding hanya 46 bot pada tahun lepas.

“Selain itu, APM juga telah mempersiapkan sebanyak lima unit dron, 17 lori, 19 kenderaan pacuan empat roda dan 13 ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat lanjut mengenai pengurusan bencana di peringkat pusat dijadual diadakan 16 Okt ini di Putrajaya dan akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Turut berlangsung kini adalah taklimat kepada pegawai dan anggota APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan pusat pemindahan banjir.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel