Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

22 projek sekolah daif di Sabah dijangka siap pertengahan 2020 - Yusof


Tarikh kemaskini: 04/10/2019




KOTA KINABALU, 4 Okt -- Projek menaik taraf dan membina semula 22 sekolah daif di Sabah menerusi peruntukan diluluskan RM88 juta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan, kata Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob.

Yusof berkata daripada jumlah itu, tiga sekolah daif akan dibina dalam kadar segera selepas surat penganugerahan diberikan kepada kontraktor pada penghujung tahun ini dengan kos RM10 juta menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Tiga sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai di Beluran, SK Nibang, Pitas dan SK Tiong Widu di Tambunan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Projek Sekolah Daif Fasa Pertama di sini, hari ini.

Beliau berkata pembinaan 19 lagi sekolah daif akan dimulakan pada awal tahun depan dengan peruntukan RM78 juta menggunakan kaedah konvensional.

"Kesemua 22 sekolah ini dikategorikan sebagai tidak selamat untuk diduduki. Pembinaan sekolah ini akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang diluluskan pada tahun ini,” katanya.

Yusof berkata kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf sekolah daif itu akan dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah bagi memastikan infrastruktur itu disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, masih terdapat banyak sekolah daif di Sabah diketagorikan sebagai tidak selamat untuk diduduki, bagaimanapun, pembinaan sekolah terbabit akan dilaksanakan pada tahun depan atau selewat-lewatnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 secara berperingkat.

Di samping itu, sebanyak RM15 juta turut diperuntukkan bagi projek pembaikan segera melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur asas termasuk sistem pendawaian dan sistem pembentungan di semua sekolah seluruh negeri, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel