Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Beluran tahan warga Kanada dipercayai cabul warga Australia


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





BELURAN, 4 Okt -- Polis menahan seorang lelaki warga Kanada berumur 69 tahun, dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita warga Australia, dalam sebuah bas ekspres di Telupid dekat sini pada Rabu (2 Okt) lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata kejadian dikatakan berlaku kira-kira 1.47 pagi, ketika mangsa berumur 21 tahun duduk bersebelahan suspek dalam bas itu, semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Katanya mangsa menyedari perbuatan suspek, apabila suspek dikatakan memasukkan tangan ke dalam pakaian mangsa.

"Mangsa menyedari suspek telah meraba bahagian paha mangsa dan telah menyentuh pakaian dalam mangsa.

"Mangsa kemudiannya bertindak dengan memarahi suspek atas perbuatan yang telah dilakukan dan telah berlaku kekecohan, sebelum pemandu bas menukarkan tempat duduk suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek diserahkan kepada polis dan telah dituduh di mahkamah majistret di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, namun membuat pengakuan tidak bersalah.

Kes akan dibicarakan pada 5 Nov depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel