Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemas selaras program komuniti


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





GUA MUSANG, 4 Okt -- Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)  Kelantan menerima geran peruntukan RM3.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan pelbagai program di bawah Majlis Pengurusun Komuniti Kampung (MPKK) sejak awal tahun ini. 

Pengarahnya, Anuar Mat Zain berkata, geran itu dibahagikan kepda tiga fasa termasuk fasa pertama sebanyak RM1.5 juta untuk 150 MPKK manakala selebihnya untuk 254 MPKK lagi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang sudah diaturkan. 

“Kita sedang menunggu geran fasa ketiga untuk 137 MPKK yang bakal diterima tidak lama lagi di samping usaha mewujudkan 400 MPKK di seluruh.

“Ia bagi menyempurnakan aktiviti termasuk sukan rakyat, bengkel ekonomi, kaunseling pelajar dan pertanian yang berfaedah bagi penduduk tanpa mengira kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Sejahtera dan Pelancaran Sahabat Komuniti Desa Peringkat Negeri Kelantan 2019 di Dewan Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini, hari ini.

Anuar berkata, program yang diatur bawah MPKK itu untuk memberi perubahan minta dan sekali gus melahirkan penduduk berkualiti demi masa depan yang mencabar.

Katanya, mahu setiap pemimpin yang dilantik menerajui MPKK perlu memahami situasi rakyat di kawasan masing-masing supaya tiada yang diketepikan daripada menerima arus perubahan daripada aktiviti dijalankan. 

"Bagi yang dilantik menggangotai sahabat komuniti perlu bantu segala aktiviti yang dirancang Kemas melalui MPKK kerana kita mahu lihat ia memberi pencapaian terbaik dalam perubahan hidup rakyat," katanya. 

Anuar berkata, setiap MPKK diberi peruntukan awal RM10,000 untuk menyediakan kelengkapan bagi menjalankan aktiviti yang dirancangkan termasuk di tujuh jajahan termiskin di negeri ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel