Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah tuan rumah kejohanan golf amatur


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





KOTA KINABALU, 4 Okt -- Lebih 400 pemain golf dari 40 negara akan menyertai pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) 2019 di empat kelab golf di negeri ini bermula 19 hingga 26 Okt depan.

Kejohanan itu akan berlangsung di Sutera Harbour Marina Golf and Country Club, Sabah Golf and Country Club di sini, Dalit Bay Golf and Country Club di Tuaran dan Nexus Golf Resort Karambunai.

Acara tersebut akan dianjurkan dengan kerjasama Delta Trend Golf and Lesuire Holiday Sdn Bhd yang telah menganjurkan pusingan akhir WAGC di Kuala Lumpur pada 2017 dan tahun lepas di Johor Bahru.

Selain Perodua yang menjadi penaja utama sejak tujuh tahun lepas, ianya turut dijayakan oleh Tourism Malaysia dan Sabah Tourism Board (STB), bagi memastikan kejohanan itu berjalan dengan jayanya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata kementeriannya dengan aktifnya mempromosikan pelancongan di Sabah termasuk pelancongan sukan dan mengiktiraf kepentingan golf bagi menarik pelancong dan pelabur ke negeri ini.

“Saya percaya selain daripada meningkatkan ketibaan pelancong dan perbelanjaan pelancongan ke Sabah, Kota Kinabalu tentunya akan menjadi tumpuan dunia, ketika kejohanan tersebut,” katanya.

Christina berkata pihak Tourism Malaysia dan pegawai STB akan memainkan peranan penting dalam mengkordinasi dan mendapatkan kerjasama daripada agensi kerajaan bagi memastikan WAGC berlangsung dengan sebaiknya.

Pemain golf yang menyertai WAGC mewakili negara masing-masing selepas menjuarai kejohanan kebangsaan di negara terbabit.

Kejohanan Golf Jemputan Amatur Dunia (WAGI), satu kejohanan berasingan untuk jemputan khas, wakil syarikat dan penaja, juga akan dianjurkan pada masa yang sama dengan WAGC.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, empat daripada lima pemain yang akan mewakili Malaysia di WAGC berasal dari Sabah.

Katanya, pasukan Malaysia telah dinobatkan sebagai juara pada 2012 dan 2015, manakala menduduki tempat kedua pada 2016 dan tahun lepas.

Beliau berkata, melalui kejohanan ini, ketibaan pelancong dari Eropah dijangka meningkat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel