Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Zoo Melaka, Batu Secret-Jatim 2, Indonesia meterai kerjasama strategik


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





MELAKA, 4 Okt  -- Zoo Melaka dan Batu Secret Zoo-Jatim Park 2 hari ini menandatangani kerjasama strategik bagi memulakan inisiatif meneruskan usaha pemuliharaan kedua-dua zoo berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Mohd Rafee Ibrahim dalam kenyataan berkata kerjasama strategik itu merupakan usaha Zoo Melaka untuk mengembalikan kegemilangan zoo terbabit.

“Hari ini merupakan hari bersejarah buat MPHJT dan Zoo Melaka. Selepas berbulan-bulan mencari, kami menemui rakan kongsi yang tepat di Indonesia. Batu Secret Zoo akan menjadi zoo pertama di luar Malaysia yang bekerjasama dengan Zoo Melaka.

“Kerjasama strategik dengan Batu Secret Zoo ini adalah kerjasama kedua yang ditandatangani Zoo Melaka tahun ini yang mana kerjasama pertama dimeterai dengan Taman Tema Sunway pada Mei lepas,” katanya.

Mohd Rafee berkata Zoo Melaka berhasrat menjadikan Batu Secret Zoo sebagai rakan strategik kerana zoo yang terletak di Jawa Timur itu adalah Zoo Terbaik yang kesembilan di Asia dan Lokasi Destinasi Terbaik di Asia kelima oleh TripAdvisor.

Selain itu, Batu Secret Zoo juga menempatkan pelbagai spesies haiwan dari Indonesia dan seluruh dunia.

"Sebagai kesinambungan, Zoo Melaka masih mencari rakan kongsi baharu dengan harapan dapat mengubah Zoo Melaka menjadi satu daripada ikon pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah ini,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel