Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

96 pelajar OKU pamer bakat kepimpinan pada MalPGL 2019


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





ARAU, 4 Okt  --  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis menganjurkan program   “Malaysia Polytechnic Gifted Leaders 2019” (MalPGL 2019) bermula hari ini hingga 7 Okt bagi menonjolkan semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU).

PTSS dalam satu kenyataan berkata program itu melibatkan penyertaan 96 pelajar daripada lima politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ibrahim Sultan, Johor; Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dan PTSS.

Katanya objektif program itu diadakan untuk pelajar OKU tidak terpinggir dalam arus pendidikan dan seterusnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Selain itu, program berkenaan juga adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar khususnya dalam kalangan pelajar OKU.

Majlis penutup MalPGL 2019 akan disempurnakan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 7 Okt.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel