QteZszOogUo Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UniSZA
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UniSZA


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





KUALA LUMPUR, 4 Okt  -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kepada kerajaan, khususnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya hasrat menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diteruskan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata dua universiti di Terengganu itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain proses penggabungan itu akan mengecilkan lagi bilangan universiti yang ada dalam negara ini. 

"Semua orang tahu, UniSZA lebih berorientasikan keagamaan walaupun hari ini ia telah beralih kepada subjek yang lain seperti perubatan dan teknologi, manakala UMT adalah cawangan yang asalnya daripada Universiti Putra Malaysia untuk mengkaji maritim dan hidupan laut.

"Jadi, sebab itulah dengan dua matlamat berbeza ini, ia tak boleh duduk bersama," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada gabungan-gabungan universiti, termasuk wakil daripada kesatuan sekerja UMT dan UniSZA di Wisma Cuepacs, di sini, hari ini.

Menurut Azih, bukan sahaja Cuepacs tetapi semua warga kedua-dua universiti itu membantah sekeras-kerasnya akan cadangan penggabungan itu. 

"Kami kesal dengan pucuk pimpinan universiti yang membuat keputusan begitu cepat, tanpa mengambil kira sensitiviti warganya termasuk kakitangan dan penuntut.

Susulan itu, Azih berkata pihaknya dalam perancangan untuk berjumpa dengan Maszlee dalam masa terdekat, untuk menyerahkan satu nota berhubung isu penggabungan ini.

Sebelum ini, dilaporkan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA, dan persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 4 Sept lepas.

Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar serta wakil daripada pelbagai agensi dan kementerian serta pihak berkepentingan, bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan.

Sementara itu, Cuepacs memohon pertimbangan kerajaan supaya penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah diperuntukkan rumah pada kadar harga RM90,000 sehingga RM150,000, dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat, 11 Okt ini.

"Kami sangat menghargai di atas keprihatinan kerajaan mewujudkan perumahan kepada rakyat. Namun begitu, sebahagian besar penjawat awam tidak mampu beli rumah disebabkan baki gaji yang ada tidak melayakkan mereka membuat apa-apa pinjaman perumahan," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel