Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemenangan tipis JDT II ke atas UKM FC pada final pertama


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





JOHOR BAHRU, 4 Okt  — Johor Darul Ta’zim (JDT) II gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya membawa bekalan tipis selepas menang 1-0 ke atas UKM FC dalam perlawanan akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.

Anak buah Ervin Boban terpaksa berhempas pulas untuk meraih kemenangan tipis apabila gagal menyudahkan beberapa peluang di pintu gol lawan.

Kelibat penyerang import JDT II, Mohamad Ghaddar dari Lubnan ini juga tidak menyengat dan serangan yang dilancarkan seakan tidak menjadi, sekali gus gagal membantu pasukannya mencetak sebarang gol pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, JDT II bermain dengan rentak berbeza apabila berjaya melakukan serangan bertubi tubi ke arah gawang lain.

Pada minit ke- 63, kealpaan barisan pertahanan UKM tidak menjaga baik pintu gol dimanfaatkan oleh Mohd Amirulhadi Zainal untuk melakukan tendangan padu ke arah gawang lawan bagi mencipta gol pertama pasukannya.  

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Sulaiman Hussin cuba melakukan serangan balas menerusi tendangan Milad Zanidpour Mansour pada minit ke 65 , namun gagal setelah bola terkena palang.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Aksi akhir kedua (timbal balik) bagi menentukan kemenangan mutlak di antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur pada 12 Okt ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel