Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama JPNIN-Bomba tingkatkan kesedaran berkaitan kebakaran


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





KOTA BHARU, 5 Okt -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kebakaran.

Pengarah JPNIN Kelantan Norwahidah Zinalibdin berkata kerjasama itu perlu berikutan kebanyakan kemalangan kebakaran khususnya kediaman berada di bawah Kawasan Rukun Tetangga dalam seliaan JPNIN.

Ketika dihubungi Bernama di sini  hari ini, Norwahidah berkata selain kerjasama dengan JBPM, pihaknya akan memperkemaskan lagi Skim Rondaan Sukarelawan bagi mengawasi kegiatan kanak-kanak daripada terlibat dengan aktiviti kebakaran kediaman atau hutan yang boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit, harta benda dan kemalangan jiwa.

Sebelum ini akhbar melaporkan dua beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun ditahan bagi membantu siasatan beberapa kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lepas.

Kanak-kanak terbabit dikatakan sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba datang memadam kebakaran rumah di kampung itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel