Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso bantu lebih 11 ribu ahli


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





KANGAR, 5 Okt  -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) menerima permohonan membabitkan 24,397 individu yang kehilangan pekerjaan sehingga September lepas dengan bayaran faedah berjumlah RM65.7 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Amir Omar berkata kesemua mereka yang kehilangan pekerjaan ini dibantu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.

"Setiap orang berinsurans (OB) akan dibantu oleh seorang pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) yang bertindak sebagai kaunselor kepada OB.

"Menerusi program tersebut bagi tempoh sama, seramai 11,585 OB telah berjaya kembali bekerja dan kini Perkeso sedang giat membangunkan sistem Job Portal yang dijangka akan beroperasi pada akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi dan Karnival Pekerjaan EIS Perlis 2019  di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma di sini, hari ini.

Program yang masuk edisi ketiga itu turut menawarkan lebih 950 kekosongan peluang pekerjaan daripada 16 majikan dalam pelbagai sektor.

Menurut Amir, sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 20 orang pencari kerja telah ditawarkan dan diterima bekerja oleh majikan yang menyertai program tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel