Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sukma 2020: Johor sasar dua emas menerusi memanah


Tarikh kemaskini: 05/10/2019




JOHOR BAHRU, 5 Okt  -- Johor meletakkan sasaran dua pingat emas bagi acara memanah dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020, Julai tahun depan.

Ketua jurulatih negeri, Abdul Razak Yaacob, berkata, beliau yakin atlet memanah di bawah kendaliannya dapat mencapai sasaran itu sekali gus menjadi salah satu penyumbang pingat emas kepada Johor selaku tuan rumah.

Beliau berkata seramai 16 atlet memanah lelaki dan wanita akan dipilih mewakili negeri untuk bertanding dalam dua acara iaitu recurve dan compound.

Bagaimanapun, katanya atlet memanah yang bakal bertanding itu belum dimuktamadkan kerana sebahagiannya masih dalam pencarian.

“Kebanyakan mereka ini adalah pelajar sekolah dan universiti, malah ada juga yang pernah mewakili Sukma sebelum ini,” katanya yang ditemui  Bernama pada Kejohanan Memanah Antarabangsa Johor Kali Keempat yang bermula Rabu lepas sehingga esok, di Dataran Bandaraya, di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel