Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Manfaatkan 13 PKD Melaka bagi tingkat taraf sosioekonomi


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





MELAKA, 5 Okt -- Masyarakat desa khususnya kaum wanita disaran memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan infrastruktur disediakan di 13 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) di negeri ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kemahiran mereka.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata ini kerana pusat berkenaan mampu berperanan sebagai medium melahirkan usahawan wanita yang berpotensi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Pelbagai aktiviti diwujudkan di Pusat Komuniti Desa ini seperti pembuatan produk industri desa, pembelajaran teknologi maklumat selain pelbagai latihan dan program memperkasa wanita dianjurkan di sini.

Daripada ini mungkin kita dapat kenal pasti usahawan berpotensi untuk kita ketengahkan, jadi itu antara peranan PKD yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Mini Karnival Hari Bersama Komuniti dan Penjenamaan Semula Pusat Komuniti Desa Paya Ikan di sini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel