Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

16 pasukan sertai kejohanan 7S1M1S Yayasan Bank Rakyat


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





MELAKA, 5 Okt  -- Seramai 192 pemain mewakili 16 pasukan negeri menyertai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah ‘1 Murid 1 Sukan’ (7S1M1S) Yayasan Bank Rakyat (YBR) peringkat kebangsaan di Stadium Hang Tuah di sini selama empat hari, bermula hari ini.

Kejohanan dirasmikan Pengurus Besar YBR. Norashikin Shaharudin itu, membuka peluang kepada murid berusia bawah 11 tahun mempelajari pelbagai kemahiran dalam sukan tersebut selain mengalakan mereka supaya bergiat aktif dalam sukan.

Kejohanan tahun kelima itu melibatkan peruntukkan lebih RM1 juta bagi penganjuran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, menyaksikan juara kejohanan membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta piala; naib juara (RM1,000) dan ketiga (RM500).

Norashikin, ketika berucap merasmikan kejohanan itu, berkata kejohanan itu dilihat sebagai platform permulaan bagi sekolah mencungkil bakat khususnya pemain muda yang boleh diketengahkan sebagai pemain pelapis untuk pasukan negara.

"Tahun lalu seramai tiga peserta kejohanan (itu) telah ditawarkan peluang untuk diserap masuk ke Akademi JDT (Johor Darul Ta'zim) dan tidak mustahil bagi pemain lain untuk dilatih oleh pasukan lain di masa akan datang," katanya pada majlis dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong.

 YBR ditubuhkan pada 16 Mei 2007 komited membantu rakyat Malaysia kurang berkemampuan, ahli Bank Rakyat dan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel