Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak gajah betina ditemui mati di Jalan Kota Tinggi-Mersing


Tarikh kemaskini: 06/10/2019




KOTA TINGGI, 6 Okt (Bernama) -- Seekor anak gajah betina ditemui mati di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata anak gajah dianggar berumur enam tahun itu ditemui kira-kira 12 tengah hari tadi oleh pegawai Jabatan Perhilitan Johor selepas menerima maklumat orang awam.

"Siasatan pihak kami mengesyaki kematian anak gajah itu akibat kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, antara 8 dan 9 malam, dua hari lepas (Jumaat) berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak jabatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Salman berkata andaian tersebut berdasarkan kepada jarak bangkai haiwan itu ditemui iaitu kira-kira 50 meter dari tempat ia dipercayai dilanggar.

Katanya anak gajah itu adalah dari kumpulan Gajah Panti yang dianggarkan sebanyak 30 hingga 40 ekor dan sering bergerak melintasi Jalan Kota Tinggi-Mersing terutamanya pada sebelah malam.

"Mengikut rekod Jabatan Perhilitan Johor, sebanyak lima kes kemalangan melibatkan gajah dengan satu kematian telah berlaku pada tahun lalu di sepanjang jalan sama," katanya.

Menurut Salman, Jabatan Perhilitan Johor sudah memasang 10 papan tanda di tempat yang sering digunakan oleh kumpulan gajah berkenaan untuk melintas.

Sehubungan kejadian itu, Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati terutamanya di sebelah malam bagi mengelak kejadian melanggar gajah atau hidupan liar lain di kawasan tersebut, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel