Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NEKMAT diminta tangani masalah kekurangan blok air batu untuk nelayan di Kuantan


Tarikh kemaskini: 07/10/2019





KUANTAN, 7 Okt -- Persatuan nelayan di sini meminta kilang ais Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menambah pengeluaran blok air batu atau mendapatkan bekalan dari luar bagi memenuhi permintaan nelayan tempatan. 

Ini bagi menangani masalah kekurangan blok air batu yang dihadapi oleh nelayan di sekitar daerah ini  saban tahun ketika tiba musim kemuncak hasil laut sekitar September hingga November. 

Setiausaha Persatuan Perikanan Kuantan Teoh Boon Guan berkata masalah itu memerlukan penyelesaian jangka panjang kerana sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan kerugian kepada nelayan.

Teoh mendakwa tangkapan hasil laut antara September hingga November boleh mencecah sehingga 20 tan, berbanding hanya tujuh tan pada bulan lain. 

"Peningkatan hasil tangkapan menyebabkan kami memerlukan sekitar 3,000 blok air batu sehari sedangkan difahamkan kilang ais Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) hanya menghasilkan 1,200 blok ais sehari," katanya pada sidang media di Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Teoh menyarankan supaya NEKMAT yang merupakan pembekal air batu  tunggal untuk mendapatkan bekalan ais dari luar bagi mengatasi masalah tersebut, sekaligus mengelakkan nelayan daripada menanggung kerugian. 

Beliau mendakwa terdapat nelayan yang terpaksa menanggung kerugian sehingga RM70,000 kerana masalah ketiadaan air batu kerana sebuah bot yang besar memerlukan antara 200 ke 400 blok air batu bagi satu perjalanan ke laut. 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan Talib Husin berkata nelayan di bawah persatuan itu hanya menerima 500 hingga 600 blok air batu setiap hari, yang dijual dengan harga RM14.50 bagi satu blok. 

"Kekurangan air batu menyebabkan nelayan tidak dapat memanfaatkan musim kemuncak hasil laut kerana bimbang hasil laut rosak, yang menyebabkan usaha turun ke laut sebagai sia-sia," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel