Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas pelbagai barangan kawalan bernilai RM315,107


Tarikh kemaskini: 07/10/2019





TANAH MERAH, 7 Okt  -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas pelbagai barangan kawalan yang cuba diseludup melalui Sempadan Malaysia-Thailand bernilai RM315,107.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, jumlah rampasan terbabit diperoleh  hasil daripada Operasi Bersepadu pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan sepanjang Januari hingga September tahun ini. 

"Tahun ini, kami telah menjalankan 11 Operasi Bersepadu bersama pelbagai Agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Kastam Diraja Malaysia dan agensi lain.

"Kerjasama penguatkuasaan itu sentiasa dijalankan bagi mengekang aktiviti penyeludupan barangan kawalan melalui sempadan Malaysia-Thailand yang terletak berdekatan negeri ini," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah di sini, hari ini. 

Azanizam berkata, dua kes rampasan terbaharu yang dilakukan pada operasi terbabit semalam (Ahad) pihaknya menahan dua warganegara Thailand berusia 20 dan 42 tahun yang cuba melakukan penyeludupan minyak petrol ke Thailand dengan mengubah suai kenderaan.

"Kes pertama rampasan tanpa tuan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang mana pemilik kenderaan terbabit bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. 

"Rampasan itu dilakukan di Kampung Renak, Bukit Bunga dan pemeriksaan mendapati kenderaan itu mempunyai tangki tambahan dengan mengandungi 200 liter untuk diseludup keluar ke negara jiran," katanya. 

Beliau berkata, kes kedua turut dilakukan di Bukit Bunga dengan penahanan dua warganegara Thailand selepas kereta Proton Iswara disyaki digunakan untuk menyeludup bahan bakar terbabit. 

"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu pihak kami mendapati tangki minyak kenderaan terbabit telah diubahsuai dan mengandungi 250 liter petrol untuk diseludup ke negara jiran. 

"Kedua-dua rampasan bahan bakar terbabit bernilai RM6,000 dan kedua-dua kes ini disiasat di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. 

"Bagi kesalahan kali kedua denda RM3 juta dan penjara sehingga lima tahun," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel