Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan diharap tidak ketepi kepentingan sektor penternakan dalam Belanjawan 2020


Tarikh kemaskini: 07/10/2019





TUMPAT, 7 Okt -- Pengusaha sektor ternakan berharap kerajaan tidak mengenepikan keperluan kelompok itu dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang Jumaat ini, dengan meningkatkan bantuan sedia ada secara lebih menyeluruh.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujuh Mohd Saifullah Che Mat berharap kerajaan dapat menilai beberapa bantuan termasuk dalam bentuk geran atau pembiayaan tanpa faedah khusus kepada penternak tanpa mengira umur.

Beliau berkata bidang penternakan mampu dijadikan sumber pendapatan tetap dan lumayan jika dilaksanakan secara sistematik dan berskala besar, namun kebanyakan penternak kerap berdepan masalah kewangan untuk berbuat demikian.

“Kita harap  kerajaan dapat menilai keperluan ini dalam belanjawan akan datang,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang juga penternak kibas dan ikan dalam sangkar berkata, bidang penternakan mempunyai masa depan yang besar memandangkan negara mengimport sebahagian besar hasil ternakan termasuk ruminan dan makanan ternakan ikan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel