Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur didakwa ugut bunuh ibu


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




MELAKA, 8 Okt -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya, Julai lepas. 

Tertuduh, Muhammad Nurahad’din Md Dali, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan kata-kata, “kalau kau tak bagi duit yang aku nak tu, aku ambil pisau aku bunuh kau,” terhadap Fatimah Ali, 56. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan pos pengawal Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Jalan Tambak Paya, Tiang Dua di sini, pada 11.40 pagi, 2 Julai lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob mencadangkan Muhammad Nurahad’din dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun  tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikurangkan jaminan atas alasan dia tidak mempunyai wang.

Majistret Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel