Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imam, bilal, AJK masjid dan surau dilarang sertai aktiviti politik


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




PONTIAN, 8 Okt -- Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang melibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Tosrin Jarvanthi itu berkata larangan itu telah termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

“Saya mengingatkan imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Johor supaya tidak sama sekali melibatkan diri dalam apa juga kegiatan ceramah dan kegiatan parti politik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan seterusnya kerana adalah dilarang sama sekali,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai adanya aduan mengenai penglibatan segelintir ahli jawatankuasa (ajk) masjid dan surau dalam kempen politik.

Katanya perkara itu telahpun dimaklum kepada mereka yang terlibat melalui pekeliling.

Beliau menjelaskan sekiranya ada yang didapati melanggar larangan berkenaan, pihaknya akan mengambil tindakan serta merta seperti penarikan semula tauliah mereka sebagai imam, bilal atau ajk masjid dan surau.

Terdahulu, Tosrin menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Program Insaniah Kemasyarakatan ‘Harapan Asnaf Dengan Zakat di Masjik Jamek Kampung Penerok, di sini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel