Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

19 ketibaan, pelepasan penerbangan dari Senai alami kelewatan


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




JOHOR BAHRU, 8 Okt -- Sebanyak 19 ketibaan dan pelepasan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke beberapa destinasi tempatan dan luar negara mengalami kelewatan  petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Md Derick Basir berkata kesemua ketibaan dan pelepasan penerbangan itu melibatkan destinasi Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang dan Bangkok.

“Penerbangan-penerbangan ini mengalami kelewatan antara 10 hingga 60 minit disebabkan cuaca buruk di Kuala Lumpur bermula 3 petang semalam. 

“LTAS juga telah menerima enam pesawat lencongan tujuan asal ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Surat Thani (Thailand) dan Shenzen (China),” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Md Derick berkata kesemua penerbangan yang terjejas dan pesawat lencongan telah selamat berlepas setelah cuaca beransur baik pada lewat petang semalam dan penerbangan berjadual terakhir berlepas pada 11.50 malam tadi. 

Beliau juga berkata pergerakan pesawat ke semua destinasi telah beroperasi seperti biasa mengikut jadual hari ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel