Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seminar TEMCO 2019 mampu cetus idea baru tingkatkan pelancongan di Terengganu


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Seminar Antarabangsa Ekopelancongan dan Pelancongan Marin Terengganu (TEMCO) 2019 yang membuka tirainya hari ini dijangka mancetus pelbagai idea baru dalam pelancongan dan merancakkan penglibatan komuniti setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata sepanjang sembilan kali TEMCO diadakan sejak 2011, pelbagai produk eko pelancongan telah berjaya diperkenalkan antaranya adalah Tanah Bencah Setiu, keunikan tanah BRIS di Jambu Bongkok, Marang River Safari & Kampung Jenang serta Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja dan Bukit Keluang di Besut.

"Saya difahamkan bagi penganjuran kali ini, TEMCO akan membawa peserta ke Foloan Ecotourism Trail dan melihat produk eko unik di sekitar Hulu Terengganu  (Pasar Ratu), Memorial Batu Bersurat, Pusat Konversasi Tutung dan juga aktiviti Fly Fishing di daerah itu.

"Adalah diharapkan para peserta akan menjadikan TEMCO ini sebagai tempat percambahan idea-idea pengabungan antara produk semulajadi dan merangka pakej unik yang dapat menarik.lebih ramai pelancong ke Terengganu pada masa akan datang," katanya ketika berucap merasmikan TEMCO 2019 di sini hari ini. 

Seramai 103 peserta terlibat dalam seminar kali ini termasuk dari 10 negara luar seperti Kanada, Afrika dan Amerika Syarikat. 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Baharom Tun Abdul Razak berkata TEMCO 2019 akan meneruskan misinya dalam mengenalpasti potensi pelancongan yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya setakat ini.

Beliau berkata seminar kali ini akan memberi fokus kepada tiga jenis pelancongan iaitu pelancongan sukan, pelancongan kebudayaan dan pelancongan aktiviti memancing 'Fly Fishing' di Terengganu. 

"Semua input dan dapatan maklumat kami kumpulkan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri agar boleh dilaksanakan dalam melonjakkan lagi industri pelancongan Terengganu. 

"Sepanjang sembilan kali TEMCO dijalankan sejak 2011, banyak kejayaan telah dicapai antaranya pewartaan Taman Negeri di Tanah Bencah Setiu dan Majlis Pembangunan Taman Negeri," katanya. 

Tun Baharom berkata pada hari ini, terdapat lima kertas kerja akan dibentangkan berkaitan potensi pelancongan yang boleh diperkasakan di Terengganu manakala hari kedua (esok) peserta akan dibawa ke Kampung Bentong dan sekitar Tasik Kenyir di Hulu Terengganu untuk meninjau lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai.

"Peserta juga akan di bawa ke Warisan Pahlawan Resort untuk melihat sendiri keunikan binaan tradisional rumah asal Terengganu dan diperkenalkan dengan muzik gamelan sebagai tarikan kebudayaan di negeri ini," katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel