Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MDT sasar empat terbaik Kejohanan Asia Pasifik 2019


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Skuad ‘Malaysia Deaf Tigers’ (MDT) menyasarkan untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) 2019 yang dijadual berlangsung selama 12 hari di Hong Kong, bermula 30 Okt ini.

Pengurus pasukan Mohd Yusri Abdul Ghani berkata walaupun hanya menggunakan khidmat 18 pemain berbanding 24 pasukan lengkap, beliau yakin skuadnya yang akan bersaing dalam acara bola sepak lelaki mampu mencapai sasaran berdasarkan prestasi semasa pemain.

Beliau berkata barisan pemain termasuk ketua pasukan, Razilawali Abdul Wahab sudah cukup bersedia untuk turun memberi tentangan kepada pasukan lain terutama Jepun, Korea Selatan dan Iran yang dianggap sebagai pencabar utama pada temasya sukan berkenaan.

"Pemain kini giat menjalani latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus untuk persiapan ke Hong Kong dan saya yakin dengan kemampuan mereka untuk memberi saingan kepada pasukan lain.

"Kekuatan kita ialah hampir separuh pemain pernah beraksi di Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2015 di Taiwan dan mereka sudah mempunyai pengalaman untuk menghadapi tekanan," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata skuad MDT juga semakin bersemangat untuk membawa cabaran di  Hong Kong selepas berjaya menempah tiket ke Kejohanan Orang Pekak Dunia di Seoul, Korea Selatan tahun depan.

"Saya harap kejayaan ini akan menaikkan semangat pemain untuk menampilkan aksi terbaik sekali gus layak ke Sukan Deaflympik 2021.

"Untuk menjamin tiket ke Sukan Deaflympik sama ada di Los Angeles atau Dubai, kita perlu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir APDG di Hong Kong," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel