Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAYC mahu pekerjaan, kos sara hidup golongan muda diberi tumpuan dalam Belanjawan 2020


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




KOTA BHARU, 8 Okt -- Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berharap isu  peluang pekerjaan dan kos sara hidup golongan muda  diberi perhatian berat oleh kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2020, Jumaat ini.

Presidennya Mohd Syahbuddin Hashim berharap kerajaan akan  mencari jalan terbaik bagi membantu golongan itu menyelesaikan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

"Kami mahu melihat pihak kerajaan mencari jalan terbaik bagi mengurangkan kadar pengangguran dengan meluaskan peluang pekerjaan berikutan kadar pengangguran di negara ini masih kekal di bawah empat peratus dan hakikatnya mencari kerja semakin sukar” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata untuk mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0, peruntukan untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)  harus ditingkatkan serta memperkenalkan pembelajaran kemahiran baharu kerana negara memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

"Keperluan tenaga mahir yang banyak juga membolehkan golongan muda terutamanya pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik selepas ujian Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diserap masuk ke dalam bidang kemahiran.

"Kami juga mengharapkan agar pertubuhan belia diberikan peluang untuk turut bersama-sama kerajaan menyampaikan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030," katanya dan menambah bahawa rakyat pasti mengharap kerajaan memberi keutamaan terhadap peningkatan kos sara hidup.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel